PENULIS MALAYSIA

Saya selalu punya keinginan untuk melakukan sesuatu dan sesuatu itu menghasilkan duit. Jika boleh ia sesuatu yang saya sukai dan ketika melakukannya saya tidak memerlukan tenaga yang terlalu banyak sehingga hati turut terseksa ketika melakukannya. Jika boleh ia sesuatu yang saya gemari dan cintai.

Saya menyukai tulisan dan darinya saya berasa hidup. Saya menggemari tulisan dan darinya saya berasa berteman dan tidak sendirian meski pada hakikatnya saya melakukannya sendirian di tempat yang sunyi.

Saya tidak ingin memotivasikan sesiapa tetapi, seringkali ketika tulisan saya dibaca oleh orang lain pasti ada yang berasa bahagia dan terinspirasi. Itu sangat indah rasanya. Sesuatu di dada membuak bahagia. Saya bukanlah anak hebat tetapi, saya memilih untuk menjadi hebat ditengah kelamnya dunia, ditengah serabutnya hidup kota.

Jujur saja, hidup ini tidak mudah. Terlalu banyak pasang-surut antara kesenangan dan kesusahan. Namun, bahagia adalah pilihan dan untuk kecewa juga adalah sebuah pilihan. Diantaranya, saya memilih untuk bahagia.

Bulan lalu saya akhirnya dilamar oleh sebuah syarikat besar Malaysia sebagai copywriter dan dibayar setiap hujung bulan. Dikira lumayan kerana kerja yang harus saya lakukan hanya untuk menulis 4 artikel 1 bulan. Syukur kepada Tuhan sang pencipta siang dan malam, yang juga menciptakan saya sebagaimana adanya saya hari ini.

Ini merupakan tulisan kedua saya untuk tahun ini dan sejak akaun wordpress ini saya miliki. Sangat sedikit ! bukan kerana saya melupakan tetapi, kerana saya mempunyai banyak komitmen lain. Bukankah saya juga memiliki blogspot ? dan saya merupakan WOW PyeongChang official supporter yang harus menulis artikel bulanan tentang aktiviti yang PyeongChang, Korea Selatan. PyeongChang akan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk pada 2018 di negara pujaan ramai iaitu, Korea Selatan.

Saya turut terpilih sebagai one of the best supporter untuk program wow Pyeongchang . Tidak mudah untuk menulis secara konsisten tetapi, dimana ada kemahuan disitu selalu ada jalan terbuka. Persoalannya, siapkah kita ? Jika siap, pasti kita mampu melakukannya hingga ke posisiĀ  terbaik dunia impian kita.

Advertisements

Five Reasons Why I Blog

Hello Five readers – lama saya berfikir dan mengingini punya akaun wordpress tetapi, seringkali rasa malas untuk create itu muncul dan menguasai suasana. Hari ini kala hujan turun dengan lebatnya sambil dibantu oleh sang guntur dan kilat diawan sana, saya memaksakan diri untuk menulis diakaun ini.

Jadi, ini sangat sejarah ! sejarah tulisan pertama yang harus diingat sampai bila-bila. Tanggal 05 Mei 2017, ketika dunia sedang tidak memancarkan matahari di Jesselton town.

Five reasons why I blog because :

  1. I love blogging
  2. Saya suka berimaginasi dan melalui tulisan imaginasi itu boleh dilihat oleh semua orang
  3. Siapa tahu bloging itu mampu menghasilkan duit ?
  4. KERANA saya mahu menunjukkan sesuatu melalui tulisan kepada orang ramai. Kira-kira ia seperti saluran maklumat-lah !
  5. Saya mencintai tulisan, darinya saya berasa tenang dan sempurna.

Hanya itu.

Bye Five readers.